Banyak tahun yang lepas, saya menikmati kesedapan makanan dengan sesuka hati saya di banyak tempat-tempat restoran yang baik, gerai and kedai makanan yang beraneka ragam. Saya mempunyai keinginan kuat akan rasa kelazatan makanan yang saya idam-idamkan. Saya telah banyak kali membuat aduan dan tidak habiskan makanan yang terhidang di depan saya kerana kesedapan makanan tersebut tidak cukup menjamu selera saya.
Dengan ini, saya mengakibatkan banyak pembaziran makanan dan menyusahkan tukang masak berkenaan. Pada hakikatnya, tingkah-laku saya ini menunjukkan bahawa saya telah mengabaikan tujuan kelakuan memakan ini sebenarnya ialah menjaga kesihatan dan memelihara fungsi fisiologi diri badan saya kerana minda saya telah "ditenggelami" oleh hasrat saya yang kuat atas kegemaran makanan dari segi warnanya, bauannya, rasanya dari mata, hidung, lidah dan mulut saya.
Saya berasa tidak memuaskan atas makanan berkenaan kerana perasaan saya telah "disinggung" oleh makanan yang "buruk" itu. Akibatnya, saya hilang keupayaan saya untuk membezakan tujuan sebanar saya dalam tindakan (memakan) saya ini .
Ini merupakan salah satu contoh dalam penghidupan kita di mana keputusan yang kurang wajar (pembaziran makanan) dilaksanakan kerana minda kita yang tenang telah "dicampur-aduk" oleh gelora perasaan yang terhasil dari deria-deria kita.
.NEXT: Apakah yang Sedang Mencabar Minda Kita Sekarang?
RETURN: Main Menu